BERITA TERGEMPAR | Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | |
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini (3 Dis).
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu juga berkata polis menerima sembilan laporan berhubung kes tersebut, setakat ini.
“Lima individu telah dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan. Kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada AGC Selasa ini,” katanya semasa dihubungi hari ini.
Pensyarah itu, yang ditemani peguamnya juga telah menjawab 23 soalan ketika sesi rakaman keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada 25 Nov.
Pada 21 Nov, polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di laman Facebook yang mendakwa pensyarah itu menghina Nabi Muhammad SAW semasa berceramah dalam satu konvensyen.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian atas alasan agama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial