SKANDAL 1MDB: SPRM PEROLEH PERINTAH LARANG PIHAK TERTENTU AKSES HARTA BERJUMLAH US$340 JUTA

12/12/2024 06:59 PM

PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperoleh perintah bagi melarang pihak tertentu berurusan dengan aset dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah US$340 juta di luar negara yang kini dalam simpanan Pejabat Dana Mahkamah United Kingdom. 

Kenyataan SPRM hari ini memaklumkan perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 10 Dis lepas setelah berpuas hati dengan bukti dikemukakan pendakwaan yang menunjukkan bahawa dana berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram. 

"Perintah ini juga sekali gus turut menghalang Ketua Pegawai Eksekutif Petrosaudi International Ltd Tarek Obaid daripada mengakses dana berkenaan," menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLTFPUAA 2001) berdasarkan permohonan pendakwaan yang difailkan pada 2020. 

Pada 13 Mac lepas, SPRM turut memperoleh perintah larangan ke atas 41 barang kemas di Hong Kong bernilai 9.417 juta pound sterling milik Tarek Obaid. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan