IPOH, 15 Dis (Bernama) -- Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam semak dalam keadaan berbalut kain oleh orang awam di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada 6.54 petang.
"Bayi tersebut telah dijumpai oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau yang datang untuk membersihkan persekitaran surau sebelum menyedari bunyi tangisan bayi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasbullah berkata bayi itu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata polis masih mengesan ibu kepada bayi berkenaan dan mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391 atau menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-688 6222 dan Hotline WhatsApp 014-682 8005.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial