KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Polis Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel selepas menahan seorang lelaki tempatan dalam Op Taring Landai yang dijalankan di Miri, bahagian utara negeri berkenaan semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan Polis Gerakan Marin (PGM) Wilayah 5 pada 6.50 petang semasa suspek dalam perjalanan di Jalan Melor Bekenu.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan pikap yang dipandu suspek mendapati ia membawa muatan yang disyaki minyak diesel.
“Kenderaan itu bersama minyak diesel yang dianggarkan RM105,000 kemudian dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata kesemua barang rampasan itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial