Mat Zani @ Mohd Salahuddin Pangku Jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman

14/03/2025 03:32 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Timbalan Pengarah Narkotik (risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali memangku jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman berkuat kuasa hari ini. 

Beliau menggantikan Datuk Seri Khaw Kok Chin yang akan bersara wajib Ahad ini.

Majlis serah terima jawatan yang diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. 

Ayob Khan dalam ucapannya berkata kepimpinan Khaw telah banyak membawa kejayaan besar terhadap JSJN termasuk rampasan dadah dan racun bernilai RM1.67 bilion tahun lepas. 

"Apabila kita buat pencapaian yang baik, insya-Allah masyarakat dan warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan kenang apa yang kita pernah lakukan," katanya. 

Khaw dalam ucapannya pula merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga PDRM yang memberi dorongan dan sokongan sepanjang 34 tahun perkhidmatan beliau dalam pasukan Sang Saka Biru.

"Saya berharap agar pucuk pimpinan JSJN yang baharu akan meneruskan usaha ini dengan menghasilkan lebih banyak kejayaan besar dalam menghapuskan sindiket dadah," katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan