Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Kereta

14/03/2025 11:16 AM

KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Alor Jambu, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 malam semasa Muhamad Ali, 48, dalam perjalanan dari rumahnya di Padang Kemunting menuju ke Padang Nenas.

Beliau berkata ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dipercayai telah melanggar motosikal itu dari belakang, mengakibatkan Muhamad terpelanting dan mengalami kecederaan parah.

Azli berkata penunggang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

“Pemandu kereta yang merupakan seorang peniaga di bazar Ramadan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan