Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki OKU Hilang

08/06/2025 03:28 PM

KUANTAN, 8 Jun (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa, Sabri Ismail pada 9.29 malam tadi.

Beliau berkata lelaki berkenaan yang merupakan seorang OKU mental berkulit cerah, berketinggian 178 sentimeter dan bertubuh gempal dengan berat kira-kira 90 kilogram.

“Lelaki itu kali terakhir dilihat di kawasan sekitar Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-266 2222.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan