APM Selamatkan Sembilan Lelaki, Bot Bocor Di Semporna

19/07/2025 06:38 PM

SEMPORNA, 19 Julai (Bernama) -- Sembilan lelaki berjaya diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas bot yang dinaiki mereka mengalami kebocoran berhampiran Pulau Sebangkat di sini, pagi tadi.

APM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada pukul 11.37 pagi.

"Skuad BRAVO yang diketuai oleh Asmam Turu bersama empat anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian menggunakan bot A008 sejurus maklumat disahkan.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 12.38 tengah hari, pasukan penyelamat mendapati tiga mangsa masih berada di atas bot, manakala enam lagi berpaut pada badan bot di permukaan air.

"Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke bot A008 sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tiada kecederaan dilaporkan," menurut kenyataan tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.59 tengah hari.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan