KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan satu hantaran palsu yang memetik titah dan menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung dunia Islam yang tular di media sosial.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Royal Press Office menegaskan bahawa kenyataan yang dipaparkan dalam imej berkenaan adalah palsu.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang disebarkan di dalam akaun-akaun palsu ini,” menurut kenyataan itu.
Hantaran itu turut menyertakan tangkap layar menunjukkan akaun media sosial menggunakan nama Daily Iran News yang memuat naik status kononnya kenyataan dikeluarkan Sultan Ibrahim berhubung dunia Islam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial