TAMPIN, 19 Julai (Bernama) -- Seorang pejalan kaki warga emas maut dipercayai digilis beberapa kenderaan di Jalan Gemas-Tampin berhampiran CK Timber Hardware Industrial, Gemas di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang lelaki berusia 65 tahun sedang melintas jalan.
“Polis menerima maklumat pada 7.15 pagi tadi dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan tidak dikenal pasti ketika melintas jalan.
“Hasil siasatan lanjut, sebuah lagi kenderaan dipercayai turut melanggar mangsa yang berada di tengah jalan selepas kemalangan pertama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian mangsa memakai pakaian berwarna gelap dan lokasi kejadian juga tidak mempunyai lampu jalan.
Mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial