KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Polis menahan 38 individu termasuk pelajar institut pengajian tinggi swasta serta warga asing dalam “private party” di kediaman mewah di Subang Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam operasi pada 12.30 tengah malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu, polis turut merampas 6.5 gram dadah disyaki ganja dan 1.7 gram ketamin.
“Kesemua ditahan berumur antara 18 hingga 27 tahun termasuk 13 warga asing dengan empat daripadanya berusia antara 21 hingga 25 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati 12 daripada mereka positif terhadap dadah.
“Mereka terdiri daripada sembilan warga tempatan dan tiga warga asing yang kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala yang lain dibebaskan,” katanya.
Wan Azlan meminta orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah, khususnya membabitkan penyalahgunaan dadah dan penganjuran parti persendirian haram bagi membantu membanteras gejala itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial