KOTA BHARU, 6 Jan (Bernama) -- Penurunan jumlah tangkapan melibatkan rakyat Malaysia di bandar sempadan Sungai Golok sepanjang Disember lepas, mencerminkan keberkesanan langkah pencegahan hasil kawalan sempadan yang diperkukuh oleh pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kolonel Thun Sirikhunt berkata hanya tujuh rakyat Malaysia ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan sepanjang tempoh itu, membabitkan kes memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan sah serta kes berkaitan dadah.
Beliau berkata seorang daripada mereka ditahan atas kesalahan dadah manakala enam lagi kerana memasuki Thailand secara haram, sekali gus menunjukkan pergerakan sindiket semakin disekat sebelum kegiatan jenayah dapat dilakukan.
“Dadah jenis methamphetamine atau pil Yaba masih menjadi bahan terlarang utama yang cuba diseludup, justeru operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata operasi berterusan dijalankan secara bersepadu melibatkan polis, tentera, Pejabat Daerah Sungai Golok serta Pejabat Datuk Bandar, di samping kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia bagi mengekang jenayah rentas sempadan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial