AM

Kakitangan awam kerajaan negeri Kedah terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000

28/04/2021 02:23 PM

ALOR SETAR, 28 April  -- Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri itu.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pemberian itu yang akan memanfaatkan seramai 5,300 kakitangan awam negeri, termasuk lantikan kontrak, melibatkan peruntukan sebanyak RM5.3 juta.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua kakitangan awam di negeri ini yang bekerja keras selama ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah pemberian itu juga mengambil kira kutipan hasil kerajaan negeri yang meningkat sebanyak RM100 juta bagi suku pertama tahun ini, iaitu sebanyak RM219 juta berbanding RM109 juta bagi tempoh sama (Januari-April) tahun lepas.

Bayaran bantuan kewangan itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan