PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra di sini hari ini, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.
Ketibaan Shoigu di bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu kira-kira pukul 10.15 pagi dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Shoigu kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan dengan Anwar.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Duta Besar Rusia ke Malaysia Nail Latypov.
Tahun lepas, Anwar mengadakan lawatan ke Rusia untuk menghadiri forum ekonomi dan berucap bersama-sama Presiden Vladimir Putin.
Pada 2023, Rusia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (US$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (US$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial