Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives gagal mempertahankan kenaikan semalam untuk ditutup rendah hari ini berikutan kejatuhan minyak pesaing di tengah-tengah prospek yang tidak menggalakkan, menurut seorang penganalisis.
Peniaga minyak sawit David Ng percaya harga MSM bergerak lebih rendah berikutan pengeluaran yang dijangka semakin meningkat dalam beberapa minggu akan datang yang mungkin meningkatkan paras stok keseluruhan di negara ini.
“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,450 satu tan dan paras rintangan pada RM4,620 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 susut RM32 kepada RM4,696 satu tan, April 2025 jatuh RM96 kepada RM4,604 satu tan, dan Mei 2025 menyusut RM100 kepada RM4,511 satu tan.
Kontrak Jun 2025 berkurangan RM104 kepada RM4,413 satu tan, Julai 2025 turun RM84 kepada RM4,327 satu tan, dan Ogos 2025 susut RM77 kepada RM4,267 satu tan.
Jumlah dagangan bagaimanapun naik kepada 89,684 lot daripada 65,530 lot semalam, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 239,333 kontrak berbanding 241,609 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan turun RM70 kepada RM4,780 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial