AM

Mangsa Banjir Di Kedah Kekal 609 Orang Pagi Ini

27/09/2024 08:32 AM

ALOR SETAR, 27 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah kekal 609 orang daripada 163 keluarga setakat 8 pagi ini. 

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di lapan PPS di daerah Pendang. 

PPS terbabit ialah Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, SMK Tanah Merah, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Mohamad Ariff, SK Tanah Merah dan SK Syed Ibrahim.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi ini paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi paras bahaya iaitu 22.23 meter (m).

Tiga sungai di Kota Setar pula iaitu Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR merekodkan tahap waspada.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan