BERITA TERGEMPAR   Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | 
 AM

Tiga Lelaki Edar Dadah Lebih 11 Kg Berdepan Hukuman Mati

26/11/2024 02:48 PM

MUAR, 26 Nov (Bernama) -- Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Muar di sini atas pertuduhan mengedar lebih 11 kilogram (kg) dadah jenis kanabis, di Kg Temiang Bukit Treh di sini awal bulan ini. 

Mohd Faiz Husaini, 40, dan Ridhwan Zulhilmi Hasan, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar, manakala Shwe Aung Paspot, 32, tidak menunjukkan sebarang reaksi atas alasan tidak memahami Bahasa Melayu. 

Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 11,497 gram di tepi Jalan Muafakat Kampung Temiang Bukit Treh di dalam daerah Muar sekitar 10.30 malam pada 16 Nov lepas. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dengan tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuraqilah Ahmad Rofaie manakala ketiga-tiga lelaki itu tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan 2 Jan 2025 sebagai tarikh sebutan semula bagi laporan kimia dan pelantikan jurubahasa.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan