PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) -- Tiga pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kedah ditutup sementara mulai hari ini, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di kawasan terlibat.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga pejabat itu ialah pejabat LHDN di Alor Setar dan UTC Alor Setar, serta pejabat satelit di Kubang Pasu.
“Pejabat LHDN tersebut hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih serta selamat dan mendapat kebenaran daripada pihak berwajib,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan memaklumkan beberapa pejabat LHDN di Kelantan, iaitu pejabat LHDN di Kota Bharu, serta Pejabat Satelit LHDN di Pasir Puteh dan Kuala Krai, yang ditutup sebelum ini berikutan bencana banjir, telah mula beroperasi semula hari ini.
LHDN dalam pada itu menyatakan dalam tempoh keadaan cuaca yang tidak menentu dan situasi banjir yang merbahaya, orang ramai disarankan untuk melakukan urusan berkaitan LHDN secara dalam talian menerusi portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my.
“Justeru, LHDN ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir agar membuat persediaan awal, sentiasa berhati-hati serta menjaga keselamatan dan mematuhi arahan pihak yang berwajib dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.
LHDN memaklumkan sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh diajukan menerusi talian 03-89111000 / 603-89111000 (luar negara), HASiL Live Chat atau pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial