KUNMING, 27 Feb (Bernama-CMG) -- Sidang meja bulat edisi kedua mengenai situasi jenayah di subrantau Lancang-Mekong berlangsung di Kunming, provinsi Yunnan bermula 25 hingga 26 Feb.
Sidang itu dihadiri wakil dari Komisariat Am Polis Nasional Kemboja, Kementerian Keselamatan Awam China, Kementerian Keselamatan Awam dan Kementerian Pertahanan Laos, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Myanmar, Polis Diraja Thailand, Kementerian Keselamatan Awam Vietnam, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) serta INTERPOL dan ASEANAPOL.
Para peserta mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai jenayah transnasional termasuk penipuan telekomunikasi, penyeludupan dadah serta jenayah dengan modus operandi baharu.
Mereka sependapat bahawa pemerkasaan perkongsian maklumat, kerjasama penguatkuasaan undang-undang serta keupayaan memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kestabilan di subrantau berkenaan.
Sidang anjuran Pusat Kerjasama Keselamatan dan Penguatkuasaan Undang-undang Bersepadu Lancang-Mekong (LMLECC) itu turut menyaksikan pelancaran operasi bersama “Safe Lancang-Mekong 2025” melibatkan penyertaan agensi penguat kuasa undang-undang dari Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial