AM

13 rumah di Kampung Baru Cina, Benta hangus

30/10/2019 02:19 PM

KUANTAN, 30 Okt -- Sebanyak 13 buah rumah di Kampung Baru Cina di Benta, Kuala Lipis dekat sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad bagaimanapun berkata setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. 

“Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.05 pagi dan bomba berjaya mengawal api kira-kira sejam 30 minit kemudian. 

“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Nor Hisham berkata tiga jentera bomba, dua van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah jentera tangki air dengan kekuatan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dan Raub dikejarkan ke lokasi kejadian.

Selain itu, operasi memadam kebakaran juga mendapat bantuan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela Kuala Gali di Dong, Raub. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan