PUTRAJAYA, 27 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin berjumlah RM250 billion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.
Pengumuman pakej rangsangan yang lebih menyeluruh itu dibuat dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pakej itu merangkumi tiga teras iaitu untuk melindungi rakyat berjumlah RM128 bilion, memberi sokongan kepada perniagaan berjumlah RM100 bilion termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion bagi memperkukuhkan ekonomi negara.
Sejumlah RM20 bilion telah diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Feb.
"Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” kata Muhyiddin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial