AM

SERBA DINAMIK SUMBANG RM1 JUTA KEPADA LIMA HOSPITAL UNTUK PERANGI COVID-19

08/04/2020 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 8 April -- Serba Dinamik Holdings Bhd menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan bekalan perubatan lain termasuk lebih 100,000 keping topeng muka, cecair pembasmi kuman dan termometer infra merah bernilai sehingga RM1.0 juta kepada lima hospital sejak 28 Mac untuk memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia.

Lima hospital itu ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh, kata penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Memandangkan tidak pasti berapa lama penyebaran virus itu akan berterusan, adalah penting sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami memberi memberi sumbangan untuk meringankan keadaan semasa," kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Karim Abdullah.

Syarikat itu juga menyediakan makan tengah hari dan makan malam yang dibungkus untuk 100 orang di PPUM selama tujuh hari dari 25 Mac, bagi memberi penghargaan kepada kakitangan hospital yang bekerja keras.

"Kami tidak tahu sampai bila pandemik akan berlanjutan, atau jika kita akan terkena gelombang virus seterusnya. Apa pun yang akan terjadi, Serba Dinamik akan sentiasa bersedia dan terus memberi sokongan kepada hospital dengan peralatan, bekalan atau keperluan yang diperlukan pada masa akan datang," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan