BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
EKONOMI

MPC GALAK PKS MANFAATKAN TEKNOLOGI

17/04/2020 11:58 PM

KUALA LUMPUR, 17 April --  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berkata Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) harus memanfaatkan teknologi untuk mengatasi tekanan operasi akibat penularan COVID-19.

Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata bagi memastikan perniagaan akan berkembang dan bangkit semula daripada krisis itu , PKS perlu kekal positif dan melihatnya sebagai peluang untuk menjadi lebih produktif.

“COVID 19 membawa perubahan yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam cara kita berniaga dan berkomunikasi. Perubahan sebenar mesti dilakukan, bukan hanya bercakap mengenainya sahaja kerana 76 peratus PKS adalah perusahaan mikro dengan pelbagai kewangan, modal insan, keupayaan pengurusan dan kekangan akses pasaran.

"Untuk menghadapi cabaran yang sama, PKS harus menangani disiplin pengurusan kewangan dan merancang simpanan tunai serta mengkaji model perniagaan mereka serta mempercepatkan penggunaan teknologi digital," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi forum digital, "Post COVID-19: Reboot Your Business Model" yang berlangsung hari ini sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memotivasi kumpulan sasaran untuk bangkit kembali dan memastikan ekonomi serta rantaian bekalan penting dapat pulih secepat mungkin.

Katanya, industri dan perniagaan harus peka terhadap inisiatif dan program kerajaan dalam membantu dan memastikan pemulihan ekonomi yang cepat.

Sehubungan itu, beliau berkata PKS harus secara proaktif mencari pelbagai bentuk sokongan yang diberikan oleh agensi kerajaan.

MPC, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjalankan ceramah digital mengenai memberi pandangan untuk membantu syarikat dan industri mengatasi tekanan operasi di tengah-tengah pandemik itu serta menawarkan program menambahbaik proses kerja dan mengurangkan pembaziran untuk PKS.

"Selain itu, MITI juga menawarkan program percuma, 'Readiness Assessment for Industry 4.0', yang membolehkan PKS dinilai di bawah inisiatif tersebut untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan ketergantungan pada tenaga kerja asing," tambahnya.

Forum ini dikendalikan oleh Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Johari Abdullah, dengan dua penceramah utama dari MPC dan Serba Dinamik Holdings.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan