AM

MANFAAT BESAR BAGI TEKNOLOGI DALAM TALIAN DI SEBALIK COVID-19

30/04/2020 10:17 PM

KUALA LUMPUR, 30 April -- Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia ketika ini dianggap sebagai rahmat, kesannya terhadap Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) iaitu teknologi dalam talian terutamanya dalam proses pembelajaran dan aktiviti akademik. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata sebelum wabak ini tercetus, teknologi dalam talian seperti persidangan video dan webinar tidak dimanfaatkan dengan baik oleh rakyat.

“Tetapi selepas penularan COVID-19, pilihan teknologi ini telah digunakan secara besar-besaran dan saya sangat percaya ia benar-benar mendorong para pengamal dan sesiapa sahaja yang menggunakan teknologi ini untuk menghargai apa yang boleh dilakukan oleh IR4.0. 

“Masyarakat sudah mula menghargai  dan membiasakan diri dengan teknologi ini. Dalam tahun-tahun mendatang, ia akan menjadi sesuatu yang akan digunakan secara meluas, dihargai dan dilaksanakan secara global,” katanya dan menambah kebimbangan mungkin pada kos dan anggaran kebolehdapatan untuk menggunakan teknologi yang ke hadapan ini.

Beliau berkata demikian dalam perbualan secara langsung di Facebook University Malaysia of Computer Science and Engineering (UNIMY) bertajuk, Ke arah Masyarakat Digital, moderator oleh Pensyarah Prof Akbar Ali Mohamed Noordin hari ini.

Beliau menambah, teknologi hadapan IR4.0 akan terus menjadi pilihan untuk bergerak maju, yang akan digunakan secara meluas bukan sahaja dalam bidang akademik malah industri berkaitan. 

“Sama ada ia kerana wabak COVID-19 atau tidak, teknologi ini akan memainkan peranan penting dan ia adalah teknologi futuristik yang tidak dapat dihentikan oleh sesiapa pun, tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan