EKONOMI

PENDAPATAN, PEROLEHAN SERBA DINAMIK MENINGKAT PADA SUKU KEDUA

03/09/2020 03:17 PM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos  -- Keuntungan bersih Serba Dinamik Holdings Bhd meningkat kepada RM147.88 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2020, daripada RM130.44 juta dalam tempoh sama tahun lepas. 

Perolehan naik kepada RM1.44 bilion daripada RM1.14 bilion pada tahun lepas berikutan aktiviti yang kukuh daripada segmen operasi dan penyelenggaraan (O&M).

O&M menyumbang 83.2 peratus daripada perolehan pada suku kedua 2020 dengan meningkat sebanyak RM244.3 juta atau 25.7 peratus daripada tahun sebelumnya berikutan aktiviti yang lebih tinggi daripada aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di rantau Timur Tengah seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Oman dan Malaysia.

Aktiviti pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan (IRM) turut menunjukkan keuntungan operasi pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak RM219.3 juta, mewakili margin kasar sebanyak 18.3 peratus tahun ke tahun.

Keuntungan bersih kumpulan setakat ini pada tahun ini meningkat kepada RM281.60 juta daripada RM242.59 juta tahun ke tahun manakala perolehan naik kepada RM2.72 bilion daripada RM2.12 bilion pada tahun lepas.  

Rantau Timur Tengah terus menjadi penyumbang perolehan tertinggi untuk Serba Dinamik di peringkat serantau berikutan ia menyumbang 67.2 peratus daripada keseluruhan perolehan untuk suku tahun itu atau RM966.7 juta, naik RM294.0 juta berbanding tahun lepas, disumbangkan oleh aktiviti yang lebih tinggi di UAE dan Qatar. 

Malaysia disenaraikan sebagai penyumbang perolehan kedua terbesar mengikut negara, mencatatkan sejumlah RM394.1 juta pada suku kedua 2020 atau 27.4 peratus daripada jumlah perolehan, naik 16.4 peratus berbanding tempoh sama pada 2019.

Prestasi kukuh itu disumbangkan oleh kerja-kerja yang lebih tinggi untuk aktiviti O&M dan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian. 

Mengenai masa depan, Serba Dinamik berkata kumpulan optimis mengenai memanfaatkan segmen O&M, EPCC dan ICT negara dalam rangkaian globalnya tanpa mengambil kira situasi di luar jangka jika pandemik COVID-19 berpanjangan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan