JOHOR BAHRU, 27 Nov -- Kawasan Kampung Gunung Pulai dekat Kulai, tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas, kata Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.
Beliau menjelaskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengesanan kes aktif dan penilaian risiko di kawasan berkenaan.
“Memang ada kes (COVID-19) dan pengawalan, pengesanan kontak dan saringan dijalankan di sana. Buat masa ini, belum lagi (PKPD), kami kena buat penilaian risiko dan trend penularan serta bilangan kes dahulu.
“Setelah itu, peringkat daerah akan beri cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri untuk dibawa ke MKN Kebangsaan dengan nasihat KKM, barulah ditentukan sama ada hendak dibuat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau PKPD,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Tular mesej di laman aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook sejak semalam, yang mendakwa kawasan berkenaan dikenakan PKPD berikutan terdapat kes positif COVID-19 di kampung tersebut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial