BERITA COVID–19   Varian Omicorn: Thailand pertimbang batal rancangan guna kit ujian pengesanan pantas | COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit | Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing | Belum jelas varian Omicron mudah berjangkiti, sebabkan gejala lebih teruk - WHO | Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan - Khairy | 
EKONOMI

Peserta jaringan industri Indonesia, Malaysia adakan webinar keselamatan siber secara bersama

10/12/2020 08:39 AM

KUALA LUMPUR, 9 Dis -- Jaringan industri dari Indonesia dan Malaysia hari ini mengadakan webinar bertajuk ‘Cyber Security Across Borders - Panel Series’ (Keselamatan Siber Rentas Sempadan - SIri Panel).

Dalam kenyataan hari ini, Serba Dinamik Holdings Bhd menjelaskan acara itu merupakan inisiatif diterajui industri menerusi kerjasama Serba Dinamik-ESPC dengan Provintell Sdn Bhd dan Jaringan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Indonesia (ICION) untuk menghubungkan jaringan CIO di antara Malaysia dengan Indonesia.

“Webinar ini juga ditaja bersama oleh jaringan keselamatan siber dari Malaysia dan Indonesia iaitu Malaysia Digital Economy Corporation; CSM; Entrust; Bitglass; ICION 2020; Centre for Strategic Cyberspace + International Studies (CSCIS); Lembaga Riset Siber Indonesia Communication and Information System Security Research Center (CISSReC) serta Jaringan CIO Malaysia (MCION).

“Rakan media eksklusif bagi acara ini ialah e-Security & Privacy Channel (ESPC)," menurutnya.

Menurut kenyataan itu, webinar berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dengan menampilkan pakar-pakar keselamatan siber dari Indonesia dan Malaysia selain menghimpunkan 300 peserta berdaftar yang mengikutinya secara maya.

“Ia diadakan menerusi platform Zoom dan peserta berdaftar dibenarkan mengikutI perbincangan panel,” katanya.

Ia menjelaskan, penganjuran bersama acara maya tersebut, ESPC -- platform oleh perkhidmatan keselamatan siber Serba Dinamik -- sebagai rakan media dapat merapatkan industri merentasi rangkaian sempadan secara maya.

ESPC juga dapat mengerakkan perbincangan industri keselamatan siber dalam melangkah maju dengan platform teknologi yang tersedia semasa pandemik COVID-19, katanya.

“Apabila pandemik itu melanda seluruh dunia, penggunaan dan pelaksanaan digitalisasi telah meningkat ke tahap lebih tinggi. Seiring dengan pendigitalan adalah pertumbuhan industri keselamatan siber dan privasi.

“Lebih penekanan diberikan untuk menyokong dan mendidik mengenai kepentingan aspek keselamatan siber dan privasi yang bukan hanya dihadkan kepada perniagaan malah untuk semua pihak,” menurutnya.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan