BERITA COVID–19   Varian Omicron: Thailand pertimbang batal rancangan guna kit ujian pengesanan pantas | COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit | Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing | Belum jelas varian Omicron mudah berjangkiti, sebabkan gejala lebih teruk - WHO | Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan - Khairy | 
EKONOMI

Serba Dinamik dapat kontrak bernilai RM548.2 juta

19/01/2021 08:39 AM

KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu, Serba Dinamik Holdings Bhd memulakan tahun 2021 dengan mendapat 11 kontrak dalam operasi serta penggendalian (O&M), kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) serta dalam maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT).

Anak syarikat milik penuhnya, SDIT International Ltd (SDITIL) memperoleh kontrak ICT, sementara anak syarikat 75 peratus miliknya, PT Serba Dinamik Indonesia (PT SDI) memperoleh lapan kontrak O&M.

Jumlah keseluruhan sembilan kontrak itu bernilai RM548.2 juta.

Sementara itu, baki O&M diperoleh anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB).

SDSB juga mendapat kontrak EPCC.

Serba Dinamik dalam satu kenyataan berkata nilai kedua kontrak itu tidak diperincikan kerana mereka berdasarkan "call-out" bermaksud arahan kerja diberikan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual dan kadar aktiviti mereka sepanjang tempoh kontrak masing-masing.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata lima projek O&M diberikan oleh PT Pilar Bahtera Energi, pembekal tenaga tanpa gangguan terkemuka di Indonesia, ia membolehkan Serba Dinamik mengambil bahagian dalam industri tenaga republik itu.

Untuk projek ICT, syarikat itu akan melaksanakan Penyelesaian Pintar untuk pembangunan 'Bandar Pintar dan Selamat' di India.

"Walaupun berada dalam persekitaran bekerja dan perniagaan yang sangat mencabar, kami sangat gembira dapat memulakan tahun ini dengan projek bernilai RM548.2 juta. Ini pasti akan mengukuhkan perolehan kontrak kami dan memberi momentum awal kepada kumpulan,” kata Mohd Abdul Karim.

Sehubungan itu,  beliau yakin bahawa syarikat itu akan terus memberikan hasil kewangan yang memberangsangkan untuk tahun 2021.

"Ini juga merupakan bukti pengalaman dan kepakaran kami bahawa kami akan terus mendapat dan menamatkan projek di pasaran domestik dan luar negara," katanya.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan