BERITA COVID–19   Kuarters pekerja lombong Sungai Batu, Raub dikenakan PKPD bermula Jumaat | COVID-19: Guru, wanita hamil kes indeks kluster baharu di Sabah | Terbuka Singapura: Kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Tokyo dibatalkan | PKP perlu dilaksana meskipun tidak popular - Muhyiddin | Malaysia berdepan gelombang ketiga lebih mencabar - PM Muhyiddin | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Op Tapis: Individu dikehendaki polis antara ditahan di Petaling Jaya

18/04/2021 10:49 PM

KUALA LUMPUR, 18 April -- Seramai 14 individu warga tempatan termasuk tiga wanita dan seorang lelaki dikehendaki polis ditahan kerana terbabit dalam kegiatan memiliki dan mengedar dadah dalam Operasi Tapis (Op Tapis) di daerah Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata kesemua mereka ditahan di sekitar kawasan Sungai Way, Kelana Jaya dan Petaling Jaya dalam operasi yang bermula 11 pagi hingga 11 malam.

Katanya antara yang ditahan seorang individu yang mengedar dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta seorang lagi suspek berstatus ‘Orang Yang Dikehendaki Polis’.

“Jumlah keseluruhan rampasan adalah 74 gram ganja, 22.50 gram syabu dan 51 gram pil yaba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 24 hingga 37 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 39A (1) dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan