BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
EKONOMI

FOCUS DYNAMICS PEROLEH KEPENTINGAN 19.37 PERATUS DALAM SAUDEE GROUP

21/06/2021 06:31 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun -- Focus Dynamics Group Bhd telah melanggan 138.05 juta saham terbitan hak Saudee Group Bhd yang mewakili 19.37 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan.

Focus Dynamics dalam satu kenyataan berkata pelaburan itu adalah sejajar dengan memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Oktober 2020 antara syarikat-syarikat bagi melancarkan kiosk burger robotik pertama di Malaysia dan fasiliti pembuatan berasaskan robotik. 

Selepas enam bulan penerokaan dan perbincangan, kedua-dua syarikat telah memutuskan untuk mengukuhkan perkongsian itu, dengan Focus Dynamics, pengendali makanan dan minuman (F&B), menjadi pemegang besar sebanyak 19.37 peratus dalam Saudee Group Bhd, sebuah syarikat pemproses makanan sejuk beku.

"Dana ini akan digunakan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memperkemaskan operasi semasa Saudee untuk memasukkan lebih banyak proses robotik dalam operasi pembuatan mereka termasuk sebagai peruntukan tambahan bagi kiosk burger automatik dan robotik. 

"Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), industri pemprosesan makanan adalah bernilai RM21.76 bilion, dalam ke arah penerokaan, syarikat-syarikat terbabit secara bersama telah membangunkan teknologi untuk membolehkan pelancaran kiosk robotik tersebut dalam tempoh 12 bulan," kata Focus Dynamics. 

Katanya, dengan penularan pandemik COVID-19, penjarakan sosial telah melonjakkan penggunaan robotik dalam industri F&B beberapa tahun ke hadapan. 

"Kiosk burger robotik ini akan menampilkan fungsi automasi dan kelancaran seperti penyediaan kuantiti sos yang tepat, patti daging panggang yang sempurna termasuk pembakaran roti menggunakan kiosk automatik atau trak makanan.

"Ia akan tersedia sebagai model francais di bawah jenama istimewa milik Focus sendiri atau dikendalikan oleh mereka yang berminat sebagai cara memperkasakan masyarakat dengan kaedah baharu untuk operasi gerai burger," tambahnya. 

Menurut Focus Dynamics, dengan pelancaran bartender robotiknya iaitu Mixobot di cawangan utamanya, Lavo di Menara Lien Hoe, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada April 2021, kumpulan itu berhasrat untuk memperkenalkan teknologi itu ke dalam segmen F&B.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan