AM

MYSURFI BANTU TINGKATKAN CAPAIAN INTERNET DI PAYA LEBAR

09/07/2021 06:42 PM

ALOR GAJAH, 9 Julai -- Serba Dinamik Group Bhd dan Mosyawa Sdn Bhd bekerjasama dalam program mySURFI iaitu penyambungan capaian Internet melalui teknologi satelit bagi membolehkan akses Internet yang lebih baik untuk penduduk, pelajar dan guru di Paya Lebar, Masjid Tanah di sini.

Timbalan Presiden Serba Dinamik Muhamad Nurazmi Abas berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut adalah yang pertama seumpamanya dalam penyaluran capaian Internet dari rumah ke rumah di Malaysia.

“Kita pilih Paya Lebar kerana kawasan ini berdepan ketidakupayaan untuk mengakses Internet terutama bagi pelajar dan guru yang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya kepada pemberita selepas program demonstrasi Internet berkelajuan tinggi melalui satelit di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata jaringan mySURFI itu memanfaatkan hampir 2,000 penduduk dari dua kampung di kawasan Paya Lebar dan akan diperluaskan ke lapan lagi perkampungan di kawasan itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata mySURFI juga akan mengurangkan beban ibu bapa dalam aspek pembelian data Internet.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan