BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
EKONOMI

SERBA DINAMIK PEROLEH 15 KONTRAK OPERASI DAN PENYELENGARAAN, EPCC

11/08/2021 09:39 PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB), melalui anak syarikat Malaysia dan Indonesianya, berjaya memperoleh 15 kontrak operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu global itu dalam satu kenyataan hari ini berkata daripada 15 kontrak tersebut, lapan bernilai US$67.7 juta (RM286.3 juta) dengan jangka masa kerja sehingga 31 Mei, 2024.

SDHB berkata unit PT SDI memperoleh tiga kontrak O&M di Indonesia, dua daripada PT Pertamina dan satu daripada Saka Energi Muriah Ltd. 

Menerusi Serba Dinamik International Ltd, syarikat itu memperoleh satu kontrak EPCC bagi projek Kuasa Hidro Myagdi Khola 57.3-megawatt (MW) di wilayah Gandaki, Nepal.

Kumpulan itu juga memperoleh beberapa kontrak daripada Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd.

Pengerusi SDHB Datuk Ilyas Mohamed berkata kontrak ini adalah bukti bahawa perniagaan operasi syarikat berkenaan masih dalam keadaan baik walaupun cabaran yang dihadapinya di bahagian korporat.

“Disokong oleh rekod prestasi yang baik, kami optimis bahawa Serba Dinamik mampu untuk menyiapkan 15 projek tersebut dan dalam masa yang sama memastikan ia menyumbang kepada aliran pendapatan syarikat,” katanya. 

SDHB berkata kontrak yang diperoleh itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan