BERITA COVID–19   COVID: Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau | COVID: 98.3 peratus daripada 5,726 kes baharu dari kategori satu dan dua - KP Kesihatan | Perwira Malaysia, Kelab My Sarawak sasar agih 700 bakul makanan untuk golongan terjejas COVID | SKM Kelantan sedia tabung khas COVID-19 bantu ahli koperasi | Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34 | 
EKONOMI

Serba Dinamik ambil tindakan undang-undang ke atas KLSE Screener

23/08/2021 03:35 PM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- Serba Dinamik Holdings Bhd serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah telah memulakan tindakan undang-undang ke atas pemilik dan operator KLSE Screener.

Mereka telah memperoleh injunksi ad interim terhadap dakwaan penerbitan komen palsu dan fitnah yang disiarkan menerusi akaun pengguna yang menyamar sebagai CEO kumpulan itu.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata akaun pengguna dengan nama “Datuk Mohd Karim” itu telah menerbitkan komen palsu di laman web klsescreener.com sehingga mewujudkan spekulasi yang tidak diingini berhubung saham Serba Dinamik.

Pengerusi Serba Dinamik Datuk Mohamed Ilyas berkata injunksi itu telah diperoleh syarikat dan CEO kumpulan itu terhadap Lim Kai Yang yang menjadi pemilik dan operator KLSE Screener.

Menurutnya injunksi interim itu akan menghalang KLSE Screener daripada menerbitkan, menerbitkan semula atau membenarkan sebarang penerbitan komen palsu oleh mana-mana akaun yang menyamar sebagai Mohd Karim atau Serba Dinamik.

“Syarikat ini menyifatkan penyamaran dan penerbitan komen palsu sedemikian sebagai kesalahan serius terhadap syarikat dan CEO. Komen palsu ini telah menimbulkan spekulasi yang tidak diingini ke atas Serba Dinamik yang mengancam dan memusnahkan nama baik dan reputasi syarikat serta Mohd Karim,” katanya.

Mohamed Ilyas berkata Serba Dinamik juga akan terus memantau beberapa platform lain dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil terhadap platform berkenaan apabila tiba masanya sekiranya mereka menerbitkan artikel palsu dan fitnah ke atas syarikat.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan