BERITA COVID–19   Peningkatan R-naught di N. Sembilan, MB ingatkan masyarakat patuh SOP | COVID: 1.8 peratus daripada 5,516 kes baharu kategori tiga, empat dan lima - KP Kesihatan | PEMIKIR minta kerajaan P.Pinang bina asrama warga asing di Zon Industri | Penularan COVID-19 negara terus catat trend penurunan - KP Kesihatan | COVID: Jumlah kes baharu di Sarawak bawah 1,000 untuk tiga hari berturut-turut | 
EKONOMI

Serba Dinamik beri impak besar dalam bidang keselamatan siber menerusi ESPC

25/08/2021 12:00 PM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos  -- Platform digital pemusatan Serba Dinamik Group Bhd, E- Security and Privacy Channel (ESPC) semakin memberi impak yang besar dalam dunia keselamatan siber.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ESPC tidak hanya menumpukan pada penyediaan penyelesaian teknikal bersama rakan strategiknya, tetapi turut meliputi antara lain pendidikan keselamatan siber dan latihan profesional, khidmat masyarakat serta penyelidikan dan pembangunan.

"ESPC amat unik dari sudut fokusnya dalam menangani masalah manusia dalam keselamatan siber dan privasi - sebagai pusat sehenti untuk penyelesaian teknikal, usaha pencegahan jenayah siber,  penglibatan masyarakat dan keperluan perusahaan," katanya.

Menurut Serba Dinamik, setakat ini ESPC adalah satu-satunya model perniagaan di Malaysia dan global  -- yang menawarkan media dan penyiaran dalam talian, perkhidmatan teknologi keselamatan siber, pendidikan dan latihan, khidmat rundingan dan masyarakat, di bawah satu bumbung.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan