BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
EKONOMI

MIDA, INTEL BEKERJASAMA TINGKAT PENGETAHUAN AI TENAGA KERJA MASA DEPAN

27/10/2021 10:31 PM

KUALA LUMPUR, 27 Okt  -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjalin kerjasama dengan Intel Malaysia untuk melaksanakan program bagi universiti tempatan terpilih untuk mempersiapkan tenaga kerja masa hadapan dalam kecerdasan buatan (AI) bagi kerjaya aras permulaan selain menjimatkan masa majikan dan sumber bagi latihan dan kemahiran AI asas.   

Agensi itu berkata ini akan dipatenkan selepas program Kecerdasan Buatan bagi PKS (AI4S) yang dianjurkan hari ini bagi kali kedua bersama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia.  

Program Dipertingkat A14S yang diadakan secara maya itu merupakan kesinambungan acara A14S pertama yang diadakan pada Januari tahun ini yang mana Intel Malaysia memberikan kit permulaan AI kepada 100 syarikat terpilih Malaysia.

“Program Dipertingkat A14S hari ini menyaksikan Intel Malaysia menyerahkan kad Field Programmable Gate Array (FPGA) kepada syarikat yang menyertainya, yang merupakan perkakas berkuasa yang akan membolehkah kit AI menjadi lima kali lebih berkuasa daripada kit sedia ada,” kata MIDA dalam satu kenyataan. 

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah dikenal pasti ini, ketika ini sedang menjalani proses dan latihan pengupayaan teknologi komprehensif untuk memperkasakan mereka dalam melaksanakan projek perintis dalam persekitaran perniagaan atau operasi mereka untuk memulakan usaha AI atau Industri 4.0 mereka.  

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Arham Abdul Rahman menggalakkan syarikat multinasional (MNC) lain untuk mencontohi Intel dalam memberi sumbangan kembali kepada ekosistem perindustrian negara dan meningkatkan keupayaan syarikat domestik manakala pada masa yang sama meningkatkan pengkadaran nilai MNC. 

Beliau berkata ciri-ciri AI boleh membantu mengautomasikan tugas rutin, menambah keupayaan pekerja dan menyediakan masa untuk menumpukan kepada kerja tokokan nilai yang lebih tinggi. 

“Jika automasi diterima pakai dengan meluas, AI berpotensi mewujudkan enam juta pekerjaan baharu menjelang 2030 di Malaysia dengan kemahiran baharu dan latihan tenaga kerja jangka panjang akan mendapat permintaan tinggi.

“Oleh itu penting bagi kerajaan untuk melakukan intervensi dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh syarikat tempatan untuk menerima guna AI, terutamanya dalam mendapatkan kepakaran yang tepat dan menangani keperluan pembiayaan,” katanya.

Sejajar dengan komitmen kerajaan, MIDA berharap ketua dan pemain industri dapat memanfaatkan pemudahan oleh kerajaan itu di bawah inisiatif Industry4WRD. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan