BERITA COVID–19   COVID: 3,856 kes baharu hari Ahad, menurun berbanding semalam - KP Kesihatan | Singapura mudahkan rejim saringan VTL udara dan darat bermula Isnin | COVID: 3,764 kes dilaporkan hari ini - KP Kesihatan | Pengimbas suhu dikeluarkan daripada SOP wajib - Khairy | Thailand kembalikan perjalanan tanpa kuarantin bulan hadapan | 
EKONOMI

Turkish Aerospace buka pejabat kejuruteraan di Cyberjaya, pertama di Asia Tenggara

24/11/2021 09:35 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov  -- Turkish Aerospace Industries (TAI) membuka pejabat kejuruteraan dan reka bentuknya yang pertama di Asia Tenggara, terletak di Cyberjaya untuk menjalankan kajian bersama dalam pelbagai bidang termasuk pesawat tanpa pemandu, jurulatih jet, projek helikopter dan program pemodenan untuk ekosistem penerbangan global.

TAI dan industri aeroangkasa Malaysia terlibat dalam banyak program bersama terutamanya dalam pembangunan pesawat Airbus.

“Pembukaan pejabat kejuruteraan dan reka bentuk Turkish Aerospace yang pertama di Malaysia adalah tepat pada masanya untuk kita meninjau bagaimana kita boleh menjalankan usaha sama kepakaran bersama bagi mendapatkan aliran kerja yang memanfaatkan industri aeroangkasa Turki dan Malaysia,” kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada majlis pembukaan itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman berkata kehadiran Turkish Aerospace di negara ini akan mempertingkatkan ekosistem aeroangkasa Malaysia yang mempunyai saranan nilai bersesuaian untuk syarikat itu mengembangkan kehadirannya di ASEAN dan di luarnya, terutamanya dalam sektor pembuatan dan bernilai tinggi.

“Kos yang kompetitif untuk menjalankan perniagaan di Malaysia tentunya akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak untuk meningkatkan kepakaran tempatan dan status pengiktirafan negara,” katanya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan