EKONOMI

SERBA DINAMIK ROMBAK LEMBAGA PENGARAH BAGI PATUHI SYARAT BURSA

25/11/2021 12:06 AM

KUALA LUMPUR, 24 Nov -- Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengumumkan kenaikan pangkat pengarah bebas semasanya sebagai pengerusi dan peletakan jawatan pengerusi dan pengarah bebasnya sebagai mematuhi syarat Bursa Malaysia Securities Bhd.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, Serba Dinamik berkata Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan telah dilantik sebagai pengerusi baharu bagi menggantikan Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed yang melepaskan jawatannya.

Menurut syarikat berkenaan, pengarah bebasnya Johan Mohamed Ishak turut meletakkan jawatan semasa yang disandang.

“Syarat yang dikenakan oleh Bursa Malaysia kepada Serba Dinamik telah melarang Mohamed Ilyas dan Johan daripada menjalankan tugas mereka secara adil sebagai pengarah bebas syarikat berbanding  tanggungjawab pengarah bebas kepada syarikat itu, pemegang sahamnya dan keadilan menyeluruh peranan pengarah bebas di pasaran modal Malaysia.

“Mematuhi syarat yang dikenakan oleh Bursa Malaysia akan menempatkan mereka dalam kedudukan yang tidak dapat dipertahankan, bercanggah dengan tanggungjawab yang dinyatakan di atas, kerana ia memerlukan, pada pendapat mereka, tindakan yang terlalu cepat dan tidak adil disebabkan Kajian Semula Khas Bebas oleh Ernst & Young Consulting Sdn Bhd yang belum selesai dan masih berjalan, justeru, tidak dapat dimuktamadkan,” menurut Serba Dinamik.

 -- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan