KYIV, 16 Ogos (Bernama-Xinhua) - Ukraine tidak akan menyerahkan wilayahnya kepada Russia untuk mendapatkan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko pada Selasa.
"Perbincangan mengenai Ukraine menyertai NATO sebagai pertukaran untuk menyerahkan sebahagian wilayah Ukraine adalah sama sekali tidak dapat diterima," menurut hantaran Nikolenko di Facebook.
Beliau menekankan bahawa Ukraine komited untuk terus bekerjasama dengan NATO bagi mencapai keahlian penuh dalam perikatan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas kenyataan daripada Stian Jenssen, pengarah pejabat peribadi Setiausaha Agung NATO, yang mencadangkan agar Ukraine menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Russia sebagai pertukaran untuk keahlian bagi menamatkan peperangan, lapor agensi berita Ukrinform.
- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial