KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melanjutkan kontrak perkhidmatan MY EG Services Bhd (MyEG) dan subsidiari milik penuhnya, MY EG Sdn Bhd (MYEGSB), selama tiga tahun lagi.
Kontrak lanjutan itu akan bermula 23 Mei tahun ini sehingga 22 Mei 2026.
MyEG berkata kedua-dua syarikat itu masing-masing menerima surat pelantikan daripada JPJ hari ini untuk mengesahkan kedua-duanya adalah “ejen pemungut bagi penyediaan perkhidmatan pendaftaran kenderaan, pelesenan pemandu dan kenderaan serta pembayaran elektronik perkhidmatan saman untuk tempoh tiga tahun.”
"Anggaran nilai lanjutan itu akan bergantung pada bilangan transaksi yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut. Perjanjian untuk merasmikan lanjutan itu akan ditandatangani dan diumumkan oleh syarikat pada masa akan datang," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
MyEG berkata pelanjutan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham syarikat untuk tahun kewangan 2023 dan seterusnya.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial