PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 akan diumumkan pada 18 April ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Beliau berkata ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon pada hari berkenaan (Khamis) bermula 12 tengah hari menerusi beberapa platform.
“Calon boleh menyemak melalui laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan nombor MyKad dan nombor angka giliran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPKKnombor MYKadnombor angka giliran dan hantar ke 15888, katanya.
Menurutnya, ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2023 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 19 April, 9.30 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial