JENAYAH & MAHKAMAH

JIM Terengganu Tahan 17 Wanita Thailand

27/09/2024 11:30 AM

Timbalan Pengarah JIM Terengganu (Kawalan) Mat Amin Hassan berkata mereka yang berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun itu ditahan di sebuah restoran yang dipercayai turut beroperasi sebagai pusat hiburan.

Beliau berkata operasi bermula 8 malam itu berikutan aduan orang awam yang curiga dengan kehadiran ramai wanita warga asing yang dipercayai dijadikan 'alat' untuk menarik pengunjung.

"Ketika serbuan terdapat 52 individu termasuk pelanggan sedang berhibur.

"Beberapa wanita warga asing cuba meloloskan diri melalui pintu belakang selepas diserbu tetapi gagal kerana anggota penguat kuasa telah mengepung seluruh bangunan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mat Amin berkata kesemua wanita itu melanggar syarat pas dan permit serta tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Pihaknya juga mengeluarkan notis kepada dua warga tempatan yang bekerja di pusat hiburan itu untuk hadir ke pejabat JIM bagi memberikan keterangan.

"17 wanita tersebut telah dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Ajil untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

"Kami menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada JIM atau mana-mana pihak berkuasa sekiranya terdapat kehadiran warga asing dengan aktiviti mencurigakan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan