AM

Sultan Nazrin Rasmi Bangunan AMM Baharu

29/09/2024 02:28 PM

PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan perasmian bangunan baharu Akademi Perubatan Malaysia (AMM) di Presint 8, di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali antara tetamu yang menyaksikan perasmian tersebut.

Bangunan itu merupakan premis baharu yang menempatkan AMM dan 13 kolej di bawahnya serta Akademi Kedoktoran Keluarga, selain berperanan sebagai pusat pentadbiran bagi kedua-dua akademi tersebut dan hab aktiviti bagi latihan pakar perubatan.

Antara lain bangunan itu menempatkan Akademi Simulasi dan Pendidikan dan Latihan Tapak (ASETS) dengan infrastruktur digital bagi menyokong latihan pakar menerusi simulasi penjagaan kesihatan dan pembangunan profesional berterusan selari dengan objektif AMM.

“Ia juga menjadi sebahagian daripada koridor perubatan Putrajaya yang menempatkan pelbagi institusi perubatan. Bangunan dan kemudahan yang dirancang bermatlamat untuk meningkatkan standard amalan dan kemahiran perubatan, dengan wawasan untuk menjadi setanding fasiliti terbaik dunia,” menurut kenyataan itu. 

Bangunan berkenaan menggantikan bangunan Akademi Perubatan lama di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang diambil alih kerajaan pada 2016.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan