KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan telah meneruskan siri libat urus untuk mendengar pandangan setiap segmen masyarakat termasuk pemain industri di negara ini menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.
“Dalam sesi libat urus, beberapa perkara telah disentuh dan diberi perhatian antaranya isu berkaitan tenaga kerja asing dan kadar pengeluaran sawit yang rendah.
“Di samping itu, usaha meningkatkan aktiviti hiliran berkaitan sawit dalam usaha memastikan kelangsungan industri sawit negara turut dibincangkan,” kata Anwar menerusi hantaran di laman X beliau hari ini.
Siri libat urus Perdana Menteri itu adalah bersama Menteri Besar Perak, Menteri Perladangan dan Komoditi, Ketua Setiausaha Negara serta pegawai kanan kerajaan dan pemain industri sawit.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial