POLITIK

5,000 Pemimpin Akar Umbi BN Dijangka Hadir Sambutan 50 Tahun BN

29/11/2024 01:31 PM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Seramai 5,000 pemimpin akar umbi Barisan Nasional (BN) dari  seluruh negara dijangka hadir pada Sambutan 50 Tahun BN yang akan diadakan pada 7 Dis (Sabtu) depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. 

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tarikh sambutan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu, Rabu lepas.

“Pelbagai acara telah dirancang dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Zambry berkata mesyuarat itu turut membincangkan mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Oktober 2025.

“BN akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan perancangan menghadapi PRN berkenaan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan