AM

Lebih 4,000 Akaun Pengguna Di P. Pinang Alami Gangguan Air Berjadual

02/12/2024 01:31 PM

GEORGE TOWN, 2 Dis (Bernama) -- Sebanyak 4,489 akaun pengguna di kawasan Air Itam, di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 5 dan 6 Dis ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Khamis hingga 10 pagi keesokannya.

Menurut kenyataan itu gangguan berkenaan berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam untuk penggantian injap kupu-kupu saluran paip 450mm di loji itu dan di Jalan Zoo.

“Akaun pengguna yang terjejas ialah di kawasan Jalan Zoo-Lorong 1, 2, 3 dan 4, Penang Hill, Jalan Hill Railway, Jalan Kampung Pisang, Jalan Embun, Jalan Pisang Tanduk, Jalan Emas, Jalang Pisang Nangka, Jalan Hye Keat Estate, Jalan Empat, Lorong Empat, Jalan Lima, Jalan Kampung Melayu, Jalan Chor Sin Kheng dan dari Jalan Air Itam hingga Pasar Air Itam.

“Seterusnya Jalan Mata Kucing, Jalan Batu Van Tan, Lorong Lima, Jalan Lintang, Jalan Air Itam, Jalan Balik Pulau, Blok 6a, 6b, 6c, 6d, 6e, 6f, 6g dan 6h, Jalan Pokok Ceri, Jalan Kampung Pisang, Jalan Air Itam, Medan Kolam Air Panas, Jalan Batu Perempuan, Jalan Pasar Blok 1, 3, 5, 7, 9, 11, 13 dan 15, Jalan Sri Bendera, Kampung Teres dan Flat Kampung Melayu,” menurut kenyataan menerusi hantaran di Facebook PBAPP hari ini.

PBAPP akan kemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi dari semasa ke semasa dan pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan