JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

20/02/2026 03:54 PM

IPOH, 20 Feb (Bernama) -- Polis meminta orang ramai mengesan seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Jan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata remaja berkenaan, Kawsara Bibi Mohamad Noor berbadan kurus dan beralamat di Jalan Menglembu Impiana 26, Taman Menglembu Impiana Adril dekat sini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau Balai Polis Bukit Merah di talian 05-3210925," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan