PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH BERIKUTAN KENAIKAN INVENTORI, OUTPUT

10/06/2024 10:01 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan peningkatan inventori dan output terus memberikan tekanan ke atas harga, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih rendah di Lembaga Dagangan Chicago turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjelaskan eksport minyak sawit meningkat 11.66 peratus kepada 1.38 juta tan pada Mei, daripada 1.23 juta tan pada April.

Dalam laporan prestasi industri Mei 2024, MPOB memaklumkan pengeluaran MSM meningkat 13.48 peratus kepada 1.70 juta tan pada Mei daripada 1.50 juta tan pada bulan sebelumnya.

“Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan pada April 2024, manakala stok MSM meningkat 1.59 peratus kepada 979,352 tan pada Mei daripada 964,049 tan yang dicatatkan pada April,” tambahnya.

Pada penutupan, Jun 2024 turun RM22 kepada RM3,931 satu tan, manakala Julai 2024 kurang RM55 kepada RM3,920 dan Ogos 2024 menguncup RM56 kepada RM3,919 satu tan.

September 2024 susut RM53 kepada RM3,921 satu tan, Oktober 2024 merosot RM47 kepada RM3,925 satu tan, dan November 2024 turun RM42 kepada RM3,935 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 31,690 lot daripada 63,128  lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka menambah kepada 215,918 kontrak daripada 214,980 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan turun RM20 kepada RM3,980 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan