PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DINIAGAKAN RENDAH PADA AWAL DAGANGAN

14/06/2024 11:32 AM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada awal dagangan hari ini.

Pada 9.32 pagi, kontrak bulan semerta Jun 2024, Julai 2024 dan September 2024 susut 10 mata masing-masing kepada 1,602.5, 1,607.0 dan 1,592.5, manakala Disember 2024 turun 9.0 mata kepada 1,600.0.

Jumlah dagangan mencecah 2,139 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 44,291 kontrak.

FBM KLCI turun 3.26 mata kepada 1,606.91 selepas 32 minit dagangan.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan