PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TERUSKAN ALIRAN MENURUN PADA TENGAH HARI SUSULAN PENGAMBILAN UNTUNG

14/06/2024 01:53 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya sehingga ke sesi tengah hari apabila para pelabur terus mengambil keuntungan daripada kenaikan baru-baru ini terutamanya selepas prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman. 

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.81 mata kepada 1,607.37 daripada paras penutup 1,610.17 pada Khamis.

FBM KLCI dibuka tinggi naik 0.83 mata kepada 1,611 dan bergerak antara paras 1,604.48 dan 1,611.90 sepanjang sesi pagi.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 612 berbanding 476, manakala 456 kaunter tidak berubah, 865 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 3.40 bilion unit bernilai RM2.03 bilion.

Seorang peniaga berkata jualan dilihat dalam pelbagai sektor, yang didahului teknologi dan pembinaan, susulan kenaikan baru-baru ini.

Pasaran serantau juga kurang cergas apabila para pelabur menunggu keputusan kadar faedah Bank of Japan selepas para pegawai Rizab Persekutuan AS membayangkan hanya satu penurunan kadar tahun ini selepas mesyuaratnya baru-baru ini. 

Peniaga itu berkata para pelabur juga mengurangkan belian menjelang cuti panjang hujung minggu. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Press Metal turun 22 sen kepada RM5.76, MISC susut 12 sen kepada RM8.35 susulan kenaikan semalam dan Petronas Gas jatuh 34 sen kepada RM17.66.

Sementara itu, YTL Power naik sembilan sen kepada RM5.25 dan YTL meningkat lima sen kepada RM3.65, mengehadkan penurunan seterusnya indeks penunjuk pasaran.

Dalam kalangan kaunter cergas, MyEG turun enam sen kepada RM1.08, SNS Network meningkat tiga sen kepada 87.5 sen, manakala JCY, Hubline dan Aemulus naik setengah sen masing-masing kepada 90 sen, 6.5 sen dan 44.5 sen.

Dagangan kaunter Hibiscus Petroleum digantung buat sementara sementara menunggu pengumuman utama dan akan menyambung dagangan pada Selasa, 18 Jun. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 31.07 mata kepada 12,394.12, Indeks FBMT 100 susut 33.51 mata kepada 11,954.13, dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 69.49 mata kepada 12,740.21.

Indeks FBM 70 turun 102.07 mata kepada 18,184.49, tetapi Indeks FBM ACE mengukuh sebanyak 51.26 mata kepada 5,894.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 15.50 mata kepada 17,575.54, the Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.28 mata kepada 199.59, Indeks Tenaga berkurangan 26.60 mata kepada 985.64 dan Indeks Perladangan susut 12.85 mata kepada 7,014.97.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan