PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

14/06/2024 08:29 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Jun 2024 turun kepada US$2,322.4 setiap auns troy berbanding US$2,322.9 setiap auns troy yang dicatatkan semalam, manakala Julai 2024 menyusut kepada US$2,329.2 setiap auns troy daripada US$2,329.7 setiap auns troy.

Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing berakhir lebih rendah pada US$2,344.8 setiap auns troy berbanding US$2,344.9 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan jatuh kepada lima lot daripada lapan lot, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 25 kontrak berbanding 26 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,310.80 setiap auns troy, menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 13 Jun .

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan